Walaupun fobia ini mungkin kedengaran pelik, ia dapat memberi kesan yang besar kepada orang yang menghidapinya dan dapat mengganggu kehidupan seharian mereka, dengan membatasi aktiviti dan pengalaman yang mungkin kita anggap remeh.
Fobia air, tempat tinggi, atau badut mungkin kedengaran biasa, namun dunia fobia ini ternyata lebih pelik dan pelbagai dari yang kita bayangkan. Terdapat beberapa fobia yang sangat unik dan bahkan mungkin sukar dipercayai. Penting untuk diingat bahawa fobia bukanlah sesuatu yang dapat diabaikan atau dipandang remeh, mereka yang mengalaminya mungkin mengalami tekanan emosi dan keupayaan untuk menjalani kehidupan sepenuhnya disebabkan oleh fobia pelik ini. Oleh itu, EH! terokai 10 jenis fobia pelik yang terdapat di dunia ini
1. Ablutophobia: Fobia Terhadap Mandi
Ablutophobia bukan sekadar fobia atau takut terhadap mandi. Ia boleh menyukarkan kehidupan harian seseorang kerana mereka mempunyai tekanan sehingga boleh menyebabkan panik dan takut untuk menjaga kebersihan terutama mandi. Disebabkan ini, mereka mungkin tidak mahu berada di sekeliling orang lain atau keluar bekerja seperti kebanyakan orang.
2. Ergasiophobia: Fobia Terhadap Bekerja
Adakah anda tahu bahawa sesetengah orang mempunyai ketakutan untuk bekerja? Ia dipanggil ergasiophobia. Fobia ini membuatkan mereka berasa sangat takut dan tertekan apabila perlu melakukan kerja atau apa-apa tugas yang berkaitan dengannya. Walaupun hanya memikirkan tentang kerja boleh membuatkan mereka berasa sangat risau dan menyukarkan mereka untuk melakukan kerja dengan baik.
3. Caligynephobia: Fobia Terhadap Wanita Cantik
Caligynephobia merujuk kepada ketakutan terhadap wanita cantik atau kecantikan yang dimiliki oleh wanita. Meskipun tidak termasuk dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), buku diagnostik umum untuk gangguan mental, caligynephobia ini mencerminkan ketakutan yang signifikan terhadap kehadiran atau interaksi dengan wanita yang dianggap cantik.
4. Cibophobia: Fobia Terhadap Makanan
Cibophobia adalah apabila seseorang benar-benar takut dengan makanan tertentu. Ia boleh membuatkan mereka berasa sangat cemas atau mengalami serangan panik apabila melihat atau memakan makanan tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan mereka sukar untuk makan pelbagai jenis makanan, yang boleh menyebabkan mereka tidak mendapat semua nutrien yang mereka perlukan dan menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
5. Geniophobia: Fobia Terhadap Rambut Manusia
Geniophobia adalah jenis fobia yang apabila seseorang benar-benar berasa takut atau tidak selesa dengan rambut manusia. Orang yang menghidap geniophobia ini mungkin menjadi sangat panik atau cemas apabila mereka terpaksa berurusan dengan rambut, terutamanya rambut yang augur di lantai atau di salun rambut. Ketakutan ini boleh membuatkan mereka takut untuk menyentuh, melihat, atau memikirkan tentang rambut manusia bahkan rambutnya sendiri.
6. Geliophobia: Fobia terhadap Ketawa
Geliophobia adalah apabila seseorang benar-benar takut atau tidak selesa dengan ketawa. Orang yang mempunyai fobia ini mungkin berasa sangat cemas apabila mereka mendengar orang ketawa atau apabila mereka berada dalam situasi di mana orang ketawa. Ketakutan ini boleh datang daripada perkara yang berbeza, seperti sesuatu yang buruk berlaku pada masa lalu atau tidak menyukai bunyi ketawa.
7. Papyrophobia: Fobia Terhadap Kertas
Papyrophobia adalah istilah yang merujuk pada ketakutan seseorang terhadap kertas. Individu yang mengalami papyrophobia mungkin mengalami perasaan yang comas atau panik yang berlebihan ketika berurusan dengan kertas termasuk buku, surat, atau dokumen.
8. Lachanophobia: Fobia Terhadap Sayur-sayuran
Lacanophobia adalah ketakutan terhadap sayur-sayuran yang boleh membuat seseorang benar-benar takut atau cemas apabila melihat atau memakannya. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ketakutan ini boleh bermula dari pengalaman buruk atau apabila seseorang menganggap sayur-sayuran tidak baik. Ini boleh menyukarkan mereka untuk mendapat nutrisi yang sihat.
9. Allodoxaphobia: Fobia Terhadap Pendapat Orang Lain
Allodoxaphobia adalah sejenis ketakutan yang menyebabkan seseorang berasa takut dengan apa yang orang lain fikir dan katakan tentang mereka. Mereka mungkin mengelak untuk bercakap dengan orang atau berada dalam situasi sosial kerana mereka takut dihakimi. Ia boleh membuatkan mereka merasa panik apabila berada di sekeliling orang lain, dan boleh menjadi sukar bagi mereka untuk melakukan perkara seperti keluar bekerja atau berkawan.
10. Ergophobia: Fobia Terhadap Aktiviti Produktif
Fobia ini boleh menyebabkan eseorang menjadi takut atau tidak selesa apabila mereka perlu melakukan sesuatu aktiviti. Mereka lebih suka duduk dan tidak berbuat apa-apa. Orang yang mempunyai ergophobia ini, boleh mengalami serangan panik apabila mereka perlu melakukan sesuatu yang penting. Adalah penting bagi mereka yang mengalami ergophobia ini untuk mendapatkan bantuan daripada profesional yang boleh membantu mereka untuk berasa lebih baik.
Artikel Berkaitan: Diet Kesihatan Pelik Yang Diamalkan Atlet Selebriti Popular