Jika anda seorang pelajar, SAMSUNG got something for you!
Bergelar pelajar pastinya datang dengan pelbagai komitmen, daripada menghadiri kelas, menyiapkan tugasan sehinggalah menguruskan jadual harian yang semakin padat. Dalam dunia serba digital hari ini, memiliki peranti yang sesuai bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan.
Berita baik buat anda yang masih bergelar mahasiswa, Samsung kini menawarkan diskaun eksklusif khas untuk pelajar, dengan penjimatan bermula daripada 20 peratus bagi produk terpilih termasuk siri Galaxy Tab.
Tawaran istimewa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan peranti Samsung pada harga yang lebih berbaloi. Sama ada anda memerlukan tablet untuk mencatat nota, menghasilkan pembentangan, menghadiri kelas dalam talian atau sekadar menikmati hiburan selepas waktu belajar, Samsung mempunyai pelbagai pilihan yang memenuhi keperluan gaya hidup pelajar masa kini.
Cara Mendapatkan Diskaun Pelajar Samsung
Proses untuk menikmati tawaran ini juga cukup mudah dan hanya memerlukan beberapa langkah sahaja.
1. Log Masuk
Mulakan dengan log masuk menggunakan akaun Samsung anda. Jika anda masih belum mempunyai akaun, anda hanya perlu mendaftar secara percuma sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.
2. Sahkan Status Pelajar
Masukkan alamat e-mel rasmi universiti atau institusi pengajian anda. Samsung akan menghantar pautan pengesahan ke e-mel tersebut. Setelah anda mengklik pautan yang diterima, status pelajar anda akan disahkan secara automatik.
3. Mula Membeli-belah
Selepas pengesahan berjaya dilakukan, anda akan dibawa terus ke Samsung Student Store, di mana anda boleh menikmati harga eksklusif untuk pelbagai produk Samsung yang ditawarkan khas kepada pelajar.
Daripada telefon pintar dan tablet hinggalah aksesori serta peranti lain, Samsung Student Store menawarkan peluang untuk anda mendapatkan teknologi terkini tanpa perlu berbelanja lebih. Jadi, jika anda masih bergelar pelajar, inilah masa terbaik untuk menikmati keistimewaan yang disediakan dan menaik taraf peranti anda pada harga yang lebih mesra poket.
Jangan lepaskan peluang ini dan manfaatkan diskaun pelajar Samsung untuk menjadikan pengalaman belajar lebih produktif, kreatif dan menyeronokkan.
Baca: EH!Xperience Truck x SAMSUNG, Jelajah Kampus Penuh Inovasi

