Dengan situasi semasa yang telah membuatkan ramai terpaksa berjauhan, Pizza Hut hadir dangan Pizza Heart sebagai kiriman kasih sayang yang boleh dinikmati bersama dengan penjarakan selamat, walaupun buat yang terkandas di Singapura.
Perasaan kasih dan sayang amat penting untuk membina semangat untuk mengharungi keadaan semasa pandemik ketika ini. Sehubungan dengan itu, Pizza Hut mengambil langkah untuk memudahkan ungkapan kasih sayang dengan pelancaran produk terbarunya, Pizza Heart – di mana peminat piza kini dapat mengirim “kasih sayang” secara realistik yang dapat disentuh, dipeluk dan dinikmati dengan penjarakan selamat.
Pizza Hut sentiasa berinspirasi untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui pengalaman menikmati piza dalam suasana yang menggembirakan. Musim romantis ini adalah waktu untuk menghargai mereka yang tersayang, terutama mereka yang telah mengharungi pahit getir bersama kita. Bukan hanya kepada pasangan masing-masing, tetapi juga kepada keluarga dan rakan-rakan.
Pizza Hut tekad untuk mengembalikan suasana kemesraan yang hilang kerana SOP yang ketat dan penjarakan sosial. Sebelum ini kita hanya mampu mengirim sayang secara maya ataupun atas talian, kini rakyat Malaysia dapat mengirim piza berbentuk hati yang dibungkus dalam kotak berbentuk hati yang boleh dinikmati bersama. Satu cara kreatif untuk mengeratkan hubungan kasih sayang dalam norma baharu ini.
Untuk menghidupkan pengalaman Pizza Heart sepanjang musim cinta ini, Pizza Hut telah merentas sempadan melalui cawangan-cawangannya di Singapura dalam usaha untuk menggembirakan hati rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura.
“Sehubungan itu, kami telah mengambil langkah untuk berhubung dengan keluarga-keluarga yang sedang berduka menanggung kerinduan ini dan membantu mereka mengirim “sayang” kepada ahli keluarga mereka di Singapura. Semoga penghantaran Pizza Heart ini dapat mengubat rindu hati yang telah terpisah oleh sempadan,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.
Menerusi kempen “Turning Virtual into Real Pizza Heart” Pizza Hut telah melancarkan pizza berbentuk hati yang dibungkus dalam kotak merah berbentuk hati. Piza ini tersedia untuk dipesan dengan mudah melalui laman web www.pizzahut.com.my atau aplikasi Pizza Hut penghantaran dan bawa pulang di seluruh Malaysia sepanjang tempoh kempen ini.
“Kami juga turut menyampaikan kasih dan penghargaan kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang berkorban nyawa untuk menjaga dan membantu rakyat Malaysia ketika penularan wabak COVID-19 ini. Mereka paling berhak untuk menerima segala kasih sayang yang ada di dunia ini di atas pengorbanan mereka,” tambahnya.
Sempena pelancaran kempen ini, penghantaran terhad Pizza Heart ke Singapura dan negeri negeri di Malaysia juga akan disediakan kepada rakyat Malaysia yang terpilih. Mereka yang memberi respon kepada posting Pizza Hut di laman Facebook rasmi Pizza Hut Malaysia pada 10 Februari 2021.
Baca lebih lanjut: Resipi The Best Roast Chicken Yang Mudah & Menyelerakan