Buat julung kali, Bonia melancarkan tiga siri koleksi perkakasan meja dan pinggan mangkuk pertama yang sempurna untuk digunakan dari sarapan pagi ke makan malam.
Sebelum ini, Bonia hanya dikenali sebagai sebuah label yang fokus pada produk fesyen mewah berasaskan kulit dan juga bukan kulit buat lelaki dan wanita. Buat pertama kali dalam sejarah 46 tahun mereka, label gaya hidup kontemporari yang diasaskan sejak 1974 ini terus meluaskan lagi warisan mereka melalui perlancaran koleksi perkakasan meja dan set pinggan mangkuk terbaharu.
Koleksi perkakasan meja ini dihasilkan daripada Bone China yang penuh kehalusan. Hadir dalam tiga koleksi yang berbeza, setiap satunya sempurna untuk apa jua acara. Dari sarapan pagi kepada majlis makan malam, setiap koleksi baharu ini boleh digunakan sendiri atau disatukan bersama. Dengan ini setiap majlis makan atau acara akan membiaskan pengalaman gastronomi dengan sentuhan yang tersendiri.
Seperti produk mereka sebelum ini, koleksi pinggan mangkuk meja ini akan meneruskan komitmen mereka kepada kehalusan, desain dan inovasi. Setiap produk Bonia direka untuk bertahan seumur hidup, termasuklah rangkaian beg tangan, aksesori, kasut, kaca mata dan jam tangan.
Tiga siri koleksi pekakasan meja makan Bonia:
Peninsula
Siri Peninsula ini menceritakan seni hiasan dan kekayaan budaya yang menceduk inspirasi dari Melaka. Ia menampilkan cetak Peranakan penuh tradisi yang berinspirasikan motif pada palet koleksi yang mewah pada pinggan dan set teh.
Merlion
Siri Merlion mengambil inspirasi daripada penguntuman biji benih, dan menghiasi koleksi pinggan mangkuk dan set teh ini dengan burung merak dan burung jenjang. Kedua-dua haiwan ini dipilih sebagai simbol kecantikan, martabat, usia panjang dan juga kekayaan.
Marini
Siri Marini memberikan penghormatan kepada kesenian serta kehalusan yang terus menjadi latar inspirasi kepada label ini sehingga hari ini. Koleksi perkakasan meja ini dihiaskan dengan ketelitian motif dan sentuhan elegan penuh kemewahan.
Selain koleksi pinggan mangkuk meja, kempen terbaharu daripada Bonia ini turut menampilkan seleksi skaft sutera bersama setiap set perkakasan meja yang setiap satunya diinspirasikan oleh simbol kesenian dan kehalusan. Koleksi pinggan mangkuk meja ini boleh didapati di butik Bonia ataupun melalui laman rasmi mereka.
Foto: Bonia
Baca lebih lanjut: Elite, Lupin dan ‘Sweet & Sour’: 10 Must Watch Di Netflix Jun Ini