Bufet Clip & Eat menyajikan lebih 60 hidangan Asia dan antarabangsa yang akan disediakan segar dan eksklusif buat pengunjung untuk makan malam yang berkualiti.
Mahu mencari pengalaman gastronomi baharu di Kuala Lumpur? The Mill Café di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur memperkenalkan konsep baharu bufet makan malam yang berbeza dan mengujakan. Seakan-akan konsep a la carte, bufet Clip & Eat ini akan menyajikan lebih 60 hidangan Asia dan juga antarabangsa yang akan disediakan segar dan eksklusif oleh cef terus dari dapur. Selain mengurangkan pembaziran makanan, pengunjung akan menikmati hidangan seperti sup yang panas, protein segar terus dari dapur panggang dan menu utama yang disediakan hanya untuk anda.
Konsep baharu ini mudah dan menyeronokan. Anda hanya perlu pinkan klip yang menunjukan nombor meja anda di menu pilihan. Cef akan menyediakan hidangan tersebut dan ia akan terus dihidangkan di meja anda. Berbeza dengan bufet yang anda pernah pergi sebelum ini bukan?
Jika anda peminat hidangan India, Cef Makhan Singh dari New Delhi akan menyediakan seleksi menu seperti ayam tandoori, roti naan, nasi beriani, butter chicken masala, kebab kambing dan banyak lagi. Manakala jika anda mahukan citarasa Perancis pula, Cef Eksekutif, Laurent Lherisson yang berasal dari Nice, Perancis akan menyediakan segar seperti garlic prawn, rib eye steak with mushroom and truffle sauce, duck confit on braised red cabbage and apple, seared slipper lobster, beef stew with Dijon mustard, mussel “Mariniere” with french fries dan macam-macam lagi. Sebelum anda pulang, jangan lupa untuk mencuba seleksi pemanis mulut yang cukup menyelerakan.
Anda boleh mencuba bufet Clip & Eat ini setiap Ahad hingga Khamis dari jam 7.00 malam ke 10.00 malam di The Mill Café yang terletak di aras 1, Grand Millennium Kuala Lumpur dengan hanrag RM128.00 nett setiap orang. Untuk menempah dan pertanyaan, anda boleh hubungi +60 3 2117 4163 atau mill@millenniumhotels.com.