Dua hari lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan Malaysia yangke 56 tahun. Melihat Malaysia saban tahun mengecap kejayaan demi kejayaan. Lihat sahaja perkembangan ibu negara kita Kuala Lumpur, ada sahaja yang baru. Ayuh kita saksikan perubahan Kuala Lumpur sehingga ke hari ini.
Gambar: utusan.com.my & scania.com.my
Jika dulu pengangkutan paling popular ialah bas mini yang membawa penumpang keliling Kuala Lumpur, kini sudah maju dengan bas Rapid KL yang selesa berhawa dingin.
Gambar: www.campusmalaysia.com
Kemajuan teknologi telah banyak mengubah cara hidup kita hari ini. Beca masih lagi digunakan di beberapa buah negeri di Malaysia sebagai tarikan pelancong.
Gambar: www.waszap.com
Wajah Kuala Lumpur suatu ketika dahulu kelihatan kurang sibuk berbanding sekarang. Dari segi insfrastukturnya pula makin pesat membangun selari dengan komodenan yang kita ada sekarang ini.
Gambar: www.chiral89.blogspot.com
Kuala Lumpur hari ini semakin pesat membangun, makin dikenali oleh orang luar. Semoga Malaysia akan terus maju dimasa akan datang.