Pandora berkolaborasi dengan Marvel Cinematic Universe dan Disney buat pertama kali untuk koleksi aksesori diinspirasikan daripada karakter adiwira ikonik Marvel.
Aksesori dan perhiasan kemas bukan sahaja akan menyempurnakan gerobok yang penuh gaya, ia turut sama akan membiaskan personaliti unik diri si pemakai. Buat peminat karakter-karakter adiwira ikonik Marvel, Pandora mahu anda menyerlahkan superpower milik anda melalui koleksi kolaborasi yang penuh energi.
Buat pertama kali, label aksesori terkemuka dari Copenhagen, Denmark ini akan bersatu tenaga dengan Marvel Cinematic Universe dan Disney untuk sebuah koleksi perhiasan kemas yang diinspirasikan daripada karakter adiwira ikonik Marvel. Dunia yang penuh dengan inspirasi, impian dan kuasa ini boleh didapati dalam karakter-karakter utama seperi Iron Man, Black Panther, Hulk, Black Widow dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan, koleksi kolaborasi ini turut menampilkan charm yang hadir dalam simbol ikonik karakter yang boleh didapati dalam filem-filem Marvel. Antaranya, tukul dewa kilat daripada Thor, perisai bintang daripada Captain America dan juga sarung tangan Infinity Gauntlet yang dipakai oleh Thanos. Setiap satunya mempunyai magis yang tersendiri, pasti menjadi simbol kuasa buat si pemakai nanti.

Dalam meraikan kehadiran koleksi penuh energi ini, satu acara pelancaran telah diadakan di Times Square Stage di Genting SkyAvenue, Genting Highlands. Acara telah diserikan oleh Pengerusi Eksekutif Habib Group dan Pandora Malaysia & Brunei Darussalam, Dato’s Sri Meer Habib, serta barisan selebriti dan bintang media sosial. Pandora turut melancarkan koleksi musim bunga terbaharu dalam inspirasi bunga, rama-rama dan keindahan alam semulajadi dengan slogan “Live Life in Full Bloom!’
Foto: Pandora Malaysia
Baca lebih lanjut: Keep Calm & Eat Gelato Di DÔME