Pabila gurun pasir di Sahara dilitupi salji putih, ia seakan lagu nyanyian penyanyi dari Indonesia, Anggun yang berjudul Snow In Sahara menjadi kenyataan.
Gambar dan video telah dirakam pada hujung minggu lalu memaparkan yang mana gurun paling panas di dunia telah dilitupi dengan salji putih selepas melalui ribut salji pada minggu lalu.
Gurun merah yang terletak di utara Algeria’s Ain Sefra atau lebih dikenali sebagai The Gateway to the Desert telah dibanjiri dengan rona putih selepas suhu tertinggi di situ berubah menjadi sejuk akibat peredaran udara sejuk dari benua Eropah.
Lapisan salji tersebut melitupi gurun Sahara dari pagi sehingga jam 5 petang menurut jurugambar Karim Bouchetata yang merakam fenomena yang jarang berlaku itu.
Lokasi itu dikatakan jarang mengalami suhu kawasan bawah dari 40 darjah celsius pada bulan Januari, ia adalah bulan paling sejuk menurut World Meterological Organization.
Namun, ini bukanlah kali pertama kawasan gurun tersebut mengalami salji. Ia pernah berlaku pada Disember 2016. Pada tahun 1979, kawasan Ain Sefra pernah mengalami salji selama 30 minit.
EH! kongsikan beberapa keping gambar yang gurun Sahara dilitupi salju putih. Klik seterusnya.