Jika dilihat iklan-iklan di kaca televisyen khususnya gula-gula berangin, ia sering memaparkan betapa pentingnya kesegaran bau nafas. Dan hakikatnya apa yang dipaparkan ada kebenaran.
Bau nafas yang segar membina keyakinan diri dan dalam masa yang sama ia mencetus rasa selesa untuk orang berkomunikasi dengan kita.
Langkah-langkah penjagaan gigi bukan sahaja untuk mencipta sebaris senyuman yang menawan malah memastikan nafas sentiasa segar. Ayuh, kita lakukan 12 langkah mudah demi memiliki bau mulut yang segar dan meyakinkan.