Pemanduan lancar dengan kemajuan teknologi masa kini, LEPAS sebuah jenama yang bakal menjadi pilihan utama komuniti urban.
“LEPAS percaya keanggunan tidak harus terbatas pada produk mewah semata, dan kemajuan teknologi bukan terbatas untuk peranti saja. Kami menggabungkan kecantikan dan kemajuan bersama. Generasi baru yang berkeyakinan, kreatif dan pengguna yang bijak sememangnya mencari keseimbangan antara kerjaya, keluarga dan passion, dan mereka mahu kereta yang dipandu mencerminkan estetika peribadi dan gaya hidup mereka,” – Mr. Zhong Wei, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LEPAS.
Nama kereta terbaru yang bakal memasuki pasaran Malaysia ini sangat menarik, semenarik dan secanggih teknologi yang ada padanya. LEPAS, membuka pengalaman pemanduan yang lancar dan menyeronokan buat warga kota.

LEPAS, bukan sekadar satu nama, ia datang dengan makna yang tersendiri yang mendefinisi karakter kereta terbaru ini. ‘LE’ diinspirasikan oleh harimau bintang yang dianggap sebagai satu simbol gabungan sempurna antara kepantasan, kekuatan dan keanggunan.
‘LE’ juga adalah cerminan falsafah dan estetika jenama ‘Leopard Aesthetics’, yang berakar daripada alam semula jadi dan energi kehidupan, serta diperkukuhkan oleh kekuatan teknikal platform global yang dibangunkan oleh LEPAS sendiri.
‘LEAP’ pula dicirikan sebagai lambang gen globalisasi yang merentasi sempadan, melangkaui budaya, yang menawaran pengalaman pemanduan yang cukup stail disamping teknologi tanpa batasan. ‘PASSION’ pula adalah suntikan inspirasi buat warga elit kota untuk menerokai dan selari dengan teknologi serta gaya hidup masa kini.

LEPAS, PILIHAN KOMUNITI URBAN
Model kereta LEPAS mula diperkenalkan pada Oktober 2024, apabila Chery memperkenalkannya di Chery Global User Summit. Pengenalan pertama itu menjadi buah mulut dan diikuti dengan pelancaran LEPAS L8 pada April 2025.
LEPAS menzahirkan penyatuan sempurna antara kelajuan, kekuatan dan pemanduan elegan. Kereta ini menjana energi pemanduan yang merentasi sempadan dan gaya hidup. Ia dianggap sebagai satu refleksi kepada pengalaman pemanduan yang menyeronokan. LEPAS adalah inspirasi buat komuniti urban untuk melengkapi kehidupan mereka dengan pemanduan yang cukup stail dan bercita rasa.
Pendek cakap, LEPAS dilahirkan untuk New Elegant Lifestyle Explorers- yang berani namun ada stail, cekap dan lasak namun menghargai estetika pemanduan.
Apa yang boleh disimpulkan, LEPAS bukan sekadar sebuah kereta, tetapi ruang kehidupan yang bergerak pantas, amat praktikal serta memudahkan. Ia memahami keperluan keselesaan dan perhatian untuknya, sambil mengekalkan pemanduan yang menyenangkan. Dari Eropah ke Shanghai, LEPAS menggabungkan reka bentuk global dan mobiliti pintar.

CIRI KELEBIHAN LEPAS
LEPAS hadir dengan karakter tersendiri, didampingi dengan kelebihan dari segi rekaan, keluasan ruang, kemasan dan teknologi yang membuatkan pemanduan cukup menyenangkan.
1- Estetika Harimau Bintang
Rekaan yang ikonik yang mana reka bentuk luaran yang cukup elegan. DRL bentuk V yang diinspirasikan daripada renungan harimau bintang membuat sesiapa melihat jatuh hati pada pandang pertama.*
2- Teknologi LEPAS
Teknologi pintar dalam penyatuan bateri, motor dan pengawalan yang menjanjikan pemanduan yang lancar, selamat dan bergaya.*
3- Ruang Yang Luas
Rekaan ruang dalaman yang diberi perhatian dan dianggap bagaikan ‘ruang tamu ketiga’- selesa, nyaman dan menyakinkan- teman terbaik perjalanan anda. Kemasan dalamannya juga disempurnakan dengan gril berukir dengan perincian sehalus pembuatan barang kemas. Pencahayaan dalaman kereta ini juga cukup menenangkan.*
*Setiap Spefikasi yang dinyatakan adalah berdasarkan model global, produk akhir untuk pasaran Malaysia mungkin berbeza.

PIAWAIAN KESELAMATAN GLOBAL BERTARAF 5 BINTANG
Keselamatan LEPAS dilengkapi mengikut piawaian lima bintang Euro NCAP 2026, membentuk sistem perlindungan menyeluruh daripada ramalan risiko sehingga pengurusan perlanggaran. Struktur reka bentuknya menggunakan 75 peratus keluli berkekuatan tinggi/aluminium dan 22 peratus bahan acuan panas (hot-formed materials).
Lebih menarik, keluli acuan panas 1500 MPa diaplikasikan pada 28 bahagian kritikal, serta diperkukuhkan dengan struktur lantai ‘8-longitudinal, 5-transverse’ untuk membentuk satu ruang yang lebih menyakinkan dan selamat.
Program ujian kemalangan global LEPAS mensimulasikan pelbagai senario kemalangan dunia sebenar bagi memastikan prestasi yang mantap dalam semua situasi perlanggaran.
Selain itu, LEPAS L8 direka dengan keupayaan meredah air melebihi 600mm, membolehkan pemanduan yang menyakinkan walaupun dalam situasi mengharungi air banjir misalnya. Dalam demonstrasi keselamatan awam pertamanya, LEPAS L8 berjaya melepasi ujian calar bawah badan (underbody scraping), redahan air dalam, dan ujian kemalangan berpusing sekaligus membuktikan komitmen tanpa kompromi LEPAS dalam soal keselamatan.
Berpandukan ciri dan karakter LEPAS, boleh disimpulkan kereta ini bukan sekadar sebuah kereta biasa. Ia hadir dengan reka bentuk bercita rasa, penuh elegan dan dilengkapi dengan teknologi masa kini serta lengkap dengan ciri keselamatan yang menyakinkan.
Untuk update terbaru tentang LEPAS, anda boleh klik follow instagram @LEPASMALAYSIA
