Churros merupakan sejenis pemanis mulut sarapan pagi di Sepanyol. Tetapi di sini ia ibarat hidangan minum petang atau snek kala bersantai.
Boleh kata sekarang ini kian banyak kafe-kafe hipster di sekitar Lembah Klang yang menghidangkan makanan ini. Churros sememangnya enak dimakan ketika ia masih lagi panas.
Pada asalnya, churros hanya dihidangkan dengan taburan gula pasir, tetapi kini ia disediakan dengan pelbagai cara. Ada diantaranya dihidangkan bersama Nutella, ais-krim dan banyak lagi.
Buat mereka yang ingin rasai sendiri kenikmatan churros ini, EH! himpunkan lima kafe hipster sekitar Lembah Klang yang menyediakan menu manisan ini. Jom cuba!
1. Mr. Churro
Terletak di tingkat LG, Mr.Churro sebenarnya berasal dari negara Korea Selatan. Menghidangkan pelbagai jenis churros yang sememangnya menggiurkan. Pilihan churros yang mesti cuba di kiosk ini adalah original churros bersama ais-krim soft serve perisa teh hijau dan churros berintikan coklat Nutella. Jangan lupa sekali untuk cuba minuman khas yang mereka buat iaitu Butterscotch Ice Tea. Rasanya sama seperti minuman terkenal di Hogwarts!
Lokasi : Mid Valley Megamall
Instagram : mrchurromy
2. PCLO Cafe
Sesuai untuk sesi minum petang, anda boleh cuba churros di PCLO Cafe yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Tidak hanya menghidangkan churros, malah juga terdapat hidangan pai dan kek. Churros di PCLO dikatakan rangup di luar tetapi lembut di dalam. Dihidangkan pula bersama gula kayu manis dan sos coklat, pastinya menggiurkan!
Lokasi : The Curve, Mutiara Damansara
Instagram : PCLO_cafe
3. Street Churros
Dikatakan pilihan churros yang mesti cuba di kafe ini adalah Churros ais-krim. Dihidangkan pula kala hari yang bercuaca panas terik, pastinya ia pilihan yang terbaik! Terdiri dari empat jenis sos pencicah iaitu coklat, keju krim, butter scotch dan beri biru.
Lokasi : IOI City Mall (Putrajaya) , 1Utama (Damansara Utama), Berjaya Times Square (Kuala Lumpur)
Instagram :streetchurrosmy
4. Eat Me Dessert Cafe
Setiap orang punya citarasa sendiri tidak kira nipis atau tebal, panjang atau pendek, tetapi boleh kata churros di kafe Eat Me ini sememangnya terbaik! Segar, padat dan rangup! Mesti kena cuba.
Lokasi : 23, Jalan Telawi 2, 59100 Bangsar Baru
Instagram : Eat Me Dessert KL
5. Softsrve
Di kala cuaca panas terik hujung minggu, jika menikmati hidangan churros bersama ais krim lembut semestinya lebih mengujakan. Softsrve tidak hanya menyediakan churros, malah pelbagai jenis ais krim dan pemanis mulut yang anda patut cuba.
Lokasi : Damansara Uptown , Sri Petaling, Ampang, Pavilion Elite, dan Johor Bahru
Instagram : softsrve