Pesatnya dunia teknologi masa kini sememangnya membawa lebih banyak perubahan yang baik ke dalam kehidupan kita, tetapi dalam masa yang sama semakin menular gejala pembulian di alam siber yang berakhir dengan bunuh diri.
Buli membawa maksud kepada perbuatan mengasari seseorang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan dan kekuasaan masing-masing. Ia juga bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, tidak aman dan tidak tenteram.
Kebiasaannya kes buli ini berlaku di sekolah-sekolah yang mana si pembuli merupakan senior atau yang lebih besar dan dianggap berkuasa dari si pemangsa.
Dengan adanya teknologi canggih masa kini, kes buli di alam realiti kini mula memasuki alam siber yang semestinya lebih luas dan mampu menjatuhkan maruah seseorang dengan sekelip mata.
Masalah buli sering diambil ringan sedangkan beban yang dihadapi oleh pemangsa amatlah berat sehinggakan kes bunuh diri menjadi-jadi. Di sini EH! himpunkan lima kes pembulian siber yang paling dahsyat di dunia yang berakhirnya dengan bunuh diri.