Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Lobak merah sebenarnya ada banyak khasiat yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Jangan ambil ringan dengan pengambilan lobak merah kerana ia bagus demi menjaga kesihatan yang baik sepanjang hayat. Ketahui khasiat lobak merah yang EH! kongsikan ini.
Mata
Lobak merah diperkaya dengan vitamin A dan B. Kedua-dua vitamin ini membantu badan dalam mendapatkan penglihatan yang lebih baik dan jelas.
Kanser
Ia juga dengan khasiat yang memerangi penyakit kanser. Bahkan lobak merah baik dari segi meningkatkan daya tahan imuniti dalam badan.
Otak
Kalori yang lebih banyak dalam lobak sebenanya membantu badan dalam meningkatkan kuasa ingatan kanak-kanak. Anda juga boleh nikmati kelebihan ini dan pertajamkan minda serta daya memori.
Jantung
Kandungan Beta-karotena, Alfa Karotena dan Lutein dalam lobak merah diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Jadi sertakan lobak merah dalam menu harian anda.
Kulit
Tahukah anda bahawa lobak merah bukan hanya kaya dengan vitamin yang baik buat mata namun ia juga baik untuk kulit? Ini kerana lobak merah kaya dengan vitamin A dan antioksidan yang berkesan dalam melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Bahkan lobak merah juga baik dari melindungi kulit dari berjerawat, masalah kulit kering, kesan penuaan dan juga memberikan kulit lebih cerah.