Jauhi bahasa kasar
Kebanyakan pasangan secara tidak sengaja dan sengaja menggunakan bahasa kasar apabila mereka bertengkar. Jika sebolehnya, elakkan guna bahasa kasar ketika bergaduh kerana ia meninggalkan kesan mendalam kepada pasangan. Kemungkinan akan menyebabkan trauma dan rasa kurang dihargai terhadap pasangan. Perkara ini juga seperti menghina mereka. Solusinya, bertindaklah matang dalam sesuatu perkara, jangan menyesal kemudian hari.