Semangkuk Yogurt Setiap Hari Dapat Mengelakkan Penyakit
Yogurt padat dengan jumlah kalsium, kalium, protein, fosforus, magnesium, zink dan vitamin B-12 yang tinggi. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Penyelidikan Pemakanan pada tahun 2013, wanita yang makan yogurt secara tetap akan mempunyai kualiti diet yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil yogurt.
Selain itu, pengambilan yogurt secara tetap akan meningkatkan sistem imun dan melindungi tubuh kita daripada pelbagai jangkitan. Yogurt berkesan melawan jangkitan gastrousus, masalah pernafasan seperti selsema, selesema dan juga kanser.