2. Angkat dumbbell dengan pergerakan pusingan lengan
Angkat satu set dumbbell, baring di atas lantai atau pun berbaring di atas sebiji bola senaman dengan lutut dibengkokkan pada kedudukan 90 darjah serta pastikan pinggang berada selaras dengan ketinggian lutut. Pada posisi ini, bengkokkan siku ke arah sisi dan rendahkan dumbbell ke paras dada. Angkat kedua-dua dumbbell secara serentak sambil memusing pergelangan tangan ke arah bertentangan. Ulang sebanyak empat set.