3. Tekan tubi sambil menyentuh bahu secara berulang kali
Berada pada posisi tekan tubi dengan telapak tangan di letakkan di atas tikar senaman. Pastikan jarak di antara kedua-dua belah tangan anda sedikit luas. Tegakkan tubuh dari kepala sehingga ke jari kaki. Anda juga boleh melakukannya dengan posisi lutut diletakkan di atas lantai. Bengkokkan siku untuk pastikan tubuh sedikit rendah dari lantai, berhenti dan bangkit semula pada posisi bersedia serta sebelah tangan menyentuh bahu setiap kali bangun dari posisi rendah. Ulang sebanyak empat pusingan.