4. Chair dips
Duduk di atas sebuah kerusi dengan meletakkan telapak tangan pada bahagian tempat duduk. Turun dari kerusi tersebut dengan kaki menegak ke arah hadapan serta tangan menampung berat tubuh dengan memegang hujung kerusi. Bengkokkan siku pada kedudukan 90 darjah dan rendahkan punggung sehingga bahu selaras dengan siku. Tekan telapak tangan untuk menampung tubuh supaya kembali kepada kedudukan bersedia.