Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Ulang tahun kelahiran sahabat yang rapat pastinya anda ingin memberikan mereka hadiah buat mereka. Ia sebagai salah satu tanda persahabatan yang akrab antara kalian serta penghargaan selama perkenalan anda dan sahabat rapat.
Untuk itu, EH! Ingin kongsikan tip untuk pilih hadiah yang sesuai untuk teman anda.
Rancang bajet
Dengan merancang bajet sebelum membeli hadiah buat teman anda, ia akan memudahkan anda dalam memilih barangan yang sesuai mengikut kemampuan anda.
Serasi dengan usia
Umur memainkan peranan penting dalam merancang pemilihan hadiah buat teman. Rancang pembelian hadiah dengan menjadikan usia sebagai salah satu kriteria yang perlu di ambil kira agar hadiah itu mengikut peringkat umur yang sesuai dengannya.
Jadi kreatif
Hadiah hari lahir yang paling sempurna adalah satu pemberian yang pastinya buatkan si penerima berasa gembira. Jika seseorang itu teman yang rapat buat anda, hadiah buatan hasil tangan sendiri mungkin boleh jadi pilihan yang baik dan sesuai. Sebagai contoh kad ucapan buatan sendiri atau kotak simpanan aksesori buatan sendiri boleh menjadi satu cadangan yang baik untuk lebih dihargai.
Pelajari kesukaan teman
Cara yang paling penting dalam memilih barangan buat hadiah hari lahir sahabat adalah dengan mengambil tahu segala tentang kesukaan atau kegemaran mereka. Selalu kita lihat bahawa pemberian yang kita hadiahkan itu mengikut apa yang kita sukakan, walhal itu sepatutnya hadiah yang si penerima sukakan.
Unik
Hadiah hari lahir yang paling baik adalah semestinya sesuatu yang unik. Bingkai gambar, pinggan mangkuk, dan barangan aksesori perhiasan sudah cliché dalam pemberian hadiah buat teman. Cuba fikirkan sesuatu yang unik untuk teman rapat anda agar si dia tersenyum gembira tatkala melihatnya. Elak dari memberikan sesuatu yang kerap digunakan setiap hari.