2.Bazar Ramadan Putrajaya
Beroperasi di dataran Putrajaya, Presint 3 terletak bersebelahan Masjid Tuanku Zainal Abidin. Bazar ramadhan Putrajaya popular dengan kehadiran 160 gerai makanan. Anda akan dimanjakan dengan pilihan makanan daripada kuih muih hingga roti bom, ayam percik, nasi lemak, tauhu bakar, pasta dan banyak lagi.
Pastikan anda datang lebih awal untuk mengelakkan beratur panjang, gerai mula bersiap seawal jam 4 petang
Lokasi: Bazar Ramadhan Putrajaya