Nikmati pengalaman berbuka puasa yang lebih istimewa dengan pelbagai pilihan hotel yang menawarkan hidangan lazat, suasana selesa dan layanan eksklusif untuk seisi keluarga.
Bulan Ramadan sentiasa membawa suasana yang istimewa, bukan sahaja dari segi ibadah tetapi juga detik berbuka puasa yang dinanti-nantikan.
Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, buffet Ramadan di hotel-hotel pilihan menawarkan pelbagai juadah lazat, daripada hidangan klasik seperti kambing panggang dan nasi briyani hinggalah pencuci mulut tradisional aneka kuih-muih Melayu. Ditambah pula dengan tema dan konsep tersendiri, pengalaman berbuka puasa menjadi lebih bermakna dan istimewa.
Hilton KL
Hilton KL tampil dengan buffet Ramadan bertemakan Jamuan Penuh Makna, menampilkan lebih 180 hidangan di Vasco’s yang menggabungkan masakan tradisi tempatan dan citarasa antarabangsa. Antara tarikan utama termasuk stesen live premium, pilihan makanan laut lestari serta pencuci mulut ikonik berasaskan durian untuk penutup berbuka yang istimewa.
Harga: RM238 nett dewasa | RM119 nett kanak-kanak (6–12 tahun)
Grand Hyatt
Grand Hyatt Kuala Lumpur tampil dengan buffet Ramadan yang meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia di JP Teres, menampilkan pelbagai hidangan klasik tempatan daripada lauk tradisional seperti Kambing Masak Lemak, Daging Masak Kicap dan aneka rendang, hinggalah ke sajian kegemaran ramai termasuk satay, nasi ayam, dim sum, murtabak, rojak dan ais kacang.
Antara tarikan unik buffet ini ialah stesen ais krim dengan perisa istimewa seperti Nasi Lemak, Nyonya Petai, Salted Egg Yolk dan Roasted Black Garlic, menjadikannya pengalaman berbuka puasa yang benar-benar luar biasa.
Harga: RM199 nett dewasa | RM129 nett kanak-kanak
The Westin Kuala Lumpur
The Westin Kuala Lumpur mengajak para tetamu mengimbau nostalgia Ramadan menerusi tema istimewa “Cerita Kita di Ramadan 2026”, apabila restoran Halal ikonik hotel ini ditransformasikan menjadi sebuah bazar kulinari yang meriah. Dipimpin oleh Chef Eksekutif Arfizan Rahim, buffet ini menampilkan gabungan cita rasa tradisi kampung yang membangkitkan memori, diserlahkan dengan sentuhan kemewahan hotel moden.
Antara tarikan utama ialah konsep bazar al-fresco yang menawarkan sajian istimewa seperti Kambing Tandoori Golek oleh Chef Hamid dan Nasi Briyani Kismis yang harum, menghadirkan suasana ala makanan jalanan dengan kualiti premium untuk pengalaman berbuka puasa yang autentik.
Harga:
Ahad – Khamis: RM198 nett dewasa | RM99 nett kanak-kanak (7–12 tahun)
Jumaat – Sabtu: RM238 nett dewasa | RM119 nett kanak-kanak (7–12 tahun)
Imperial Lexis Kuala Lumpur
![]()
Imperial Lexis Kuala Lumpur mempersembahkan “Berbuka Selera di Dapur Imperial”, sebuah bufet istimewa yang mengubah detik berbuka puasa menjadi pengalaman gastronomi yang tiada tandingan.
Bertempat di Roselle Coffee House, bufet ini menampilkan lebih 100 hidangan tradisional Malaysia yang dibawa dengan sentuhan moden, termasuk Daging Rendang Tok dan Kambing Kuzi. Menu yang berubah setiap hari memastikan setiap kunjungan memberi pengalaman baharu dan mengejutkan selera.
Hidangan laut segar atas ais menampilkan baby lobster, udang harimau, scallop dan ketam bunga, sementara kaunter sashimi dan sushi menambah sentuhan antarabangsa. Pilihan pembuka selera tradisional dan kerabu, seperti Gado-gadodan Kerabu Pucuk Paku, melengkapkan bufet ini dengan keseimbangan rasa manis, masam, pedas dan umami, pengalaman berbuka puasa yang penuh citarasa dan kenangan.
Harga: RM238 nett dewasa | RM128 nett kanak-kanak (6–12 tahun)
Le Méridien Petaling Jaya
Le Méridien Petaling Jaya mengajak para tetamu menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan dengan pengalaman iftar yang mewah dan bermakna. Buffet Ramadan yang ditampilkan menyajikan aneka hidangan tradisional yang mengimbau nostalgia, digandingkan dengan menu pilihan istimewa yang disusun rapi bagi menyempurnakan detik berbuka puasa anda dalam suasana elegan dan selesa.
Harga Early Bird: RM148 seorang (Pasar Baru)
EQ Kuala Lumpur
![]()
Ramadan ini, himpunkan keluarga dan rakan menikmati bufet istimewa yang direka untuk mengeratkan hubungan dan mencipta detik bermakna. Dikurasi oleh Rizuwan, sajian ini meraikan kekayaan warisan Melayu dengan pilihan seperti Briyani Gam Johor, ikan keli salai dan udang galah salai, serta tarikan utama daging tomahawk bakar dan kambing panggang seekor.
Hidangan turut dilengkapi makanan laut segar atas ais serta pilihan pembuka selera dan salad Barat yang seimbang. Satu jamuan yang sesuai untuk dikongsi, direnungi dan dinikmati bersama.
Harga: RM248+ nett dewasa | RM124+ nett kanak-kanak (6–12 tahun)
The RuMa Hotel & Residences
Bufet Sajian Warisan di ATAS menampilkan gerai masakan secara langsung dan persembahan yang menghidupkan suasana. Menu ini meraikan seni kulinari Malaysia dengan hidangan tempahan khas seperti Claypot Ikan Patin Tempoyak yang kaya rasa serta Mibrasa Ayam Percik yang beraroma salai. Pilihan ideal untuk menikmati sajian warisan dalam suasana elegan dan penuh budaya.
Harga: RM258 nett dewasa | RM129 nett kanak-kanak (6–12 tahun)
Park Hyatt Kuala Lumpur
Irama Rasa, menampilkan bufet yang menekankan kualiti, keseimbangan dan penghayatan selari dengan nilai kesederhanaan dan refleksi Ramadhan.
Diadakan di Aras 98, Merdeka 118, tetamu berbuka puasa sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur. Suasana tenang dengan alunan gamelan langsung melengkapkan tema keharmonian antara tradisi dan moden.
Harga: RM338+ nett dewasa | RM169 nett kanak-kanak (6–12 tahun)
Le Méridien Putrajaya
Latest Recipe terkenal sebagai destinasi pilihan foodies dengan sajian segar dan inovatif. Sempena Ramadan, mereka tampil dengan bufet bertema “Destinasi Rasa” yang menggabungkan hidangan tempatan dan antarabangsa dalam satu pengalaman kulinari lengkap.
Berteraskan konsep “World Flavours, Local Heart”, bufet ini mengekalkan jiwa resipi tradisi dengan sentuhan moden yang menarik. Daripada rendang klasik hingga sushi dan pasta berkrim, setiap juadah menjanjikan kepuasan untuk pelbagai selera.
Harga: RM218 nett dewasa | RM 109 nett kanak-kanak













