Oleh: Reen Aziz
2016 bakal melabuhkan tirainya. Tentunya anda sedang mencari lokasi menarik untuk menyambut tahun baru nanti. Mungkin ada dikalangan anda yang memikirkan tentang lokasi jauh dari bandar untuk meluangkan masa bersama famili tercinta, ada juga yang ingin menyambutnya di tengah-tengah ibu kota menyaksikan kedipan neon ataupun mungkin percikan bunga api.
EH! ingin kongsikan lokasi-lokasi yang menarik untuk menyambut Tahun Baru dengan pemandangan indah yang bakal mewarnai sambutan 2017!
Lookout Bukit Ampang
http://adasya.blogspot.com/2011/05/bukit-ampangantara-kecantikan-ketakutan.html
Anda boleh menikmati panorama yang sangat menarik di waktu malam dan dapat melihat keseluruhan Kuala Lumpur serta dapat manyaksikan bunga api apabila anda menyambut tahun baru di Lookout Point Bukit Ampang yang terletak di Jalan Ampang, Hulu Langat Selangor kira-kira setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Helipad Menara KH
http://www.pavilionsuite.com.my/2013/11/15/heli-lounge-bar-the-best-place-for-sunset-watching/
Panorama 360 darjah Kuala Lumpur dari Menara KH yang terletak di Jalan Sultan Ismail ini membolehkan anda menyaksikan keindahan bunga api apabila menyambut tahun baru serta menikmati pemandangan indah kotaraya dan simbahan neon pada waktu malam tentunya akan menjadi memori berharga menyambut 2017 kelak.
The Curve
http://mattingtong.blogspot.com/2010/10/curve-damansara-same-spot-different.html
Berkonsepkan open-air pusat beli belah ini menawarkan New Year Eve Celebration dengan pelbagai acara seperti persembahan hiburan, games dan banyak lagi. Juga terdapat aneka gerai jualan untuk pengunjung menikmati kemeriahan tahun baru sambil membeli-belah. Jom sambut Tahun Baru di sana!
Publika
http://living-arts.com.my/updates/we-are-turning-five-this-november/
Terletak di Solaris Dutamas, Seri Hartamas, pusat beli-belah yang berkonsepkan upscale neighbourhood shopping mall menawarkan pelbagai aktiviti sempena tahun baru seperti tahun lalu. Jika anda ingin merasakan sendiri bagaimana lokasi happening ini menyambut tahun baru, ajak teman ke sana hujung tahun nanti.
Melaka
http://www.kwiknews.my/news/melaka-food-expedition
Tahun baru di negeri yang kaya dengan sejarah ini khabarnya sangat menarik. Daripada bersesak di Kuala Lumpur anda boleh ke Melaka yang hanya mengambil masa 2 jam. Antara tempat yang menarik untuk menyambut tahun baru di Melaka adalah di Bandar Hilir, Eye On Melaka, Bangunan Merah dan Pantai Klebang.
Selamat Tahun Baru!