Naksan Park
Taman bersejarah dan cantik ini mempunyai pemandangan terindah seluruh bandar Korea dan ia boleh kata menjadi lokasi berjalan kaki yang terbaik kerana ia kaya dengan kecantikan alam semula jadi yang berlatarkan pergunungan. Naksan Park juga menjadi satu lokasi penggambaran buat drama My Lovely Girl, The King 2 Hearts, Feast of the Gods dan banyak lagi.