Nikmati pengalaman berbuka puasa yang lebih istimewa dengan pelbagai pilihan restoran yang menawarkan hidangan lazat, suasana selesa dan sesuai untuk seisi keluarga.
Bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk berkumpul dan menikmati detik berbuka puasa bersama keluarga serta rakan-rakan.
Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pelbagai restoran menawarkan menu berbuka puasa yang menyelerakan, daripada hidangan tradisional hingga sajian moden. Dengan suasana santai dan pilihan menu yang pelbagai, pengalaman berbuka puasa pasti menjadi lebih istimewa dan bermakna.
Cili Kampung, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya.
Cili Kampung tampil dengan Sajian Ramadan Grand Weekend Buffet 2026 yang menyajikan hidangan klasik kegemaran ramai, dengan tarikan utama seperti Kambing Bakar Golek yang menjadi tumpuan utama penggemar sajian tradisional. Ajak keluarga dan insan tersayang untuk menikmati pengalaman berbuka puasa bersama!
Harga Early Bird: RM128++ dewasa | RM58++ kanak-kanak | RM68++ warga emas
Restoran Mak Kimbong
Mak Kimbong mempersembahkan Buffet Nostalgia 2026 untuk Ramadan, menampilkan pelbagai hidangan klasik yang membangkitkan rasa kampung dan nostalgia, sesuai untuk dinikmati bersama majikan, rakan sekerja, keluarga dan sahabat karib. Antara tarikan utama bufet ini ialah juadah berbuka & moreh dalam satu harga, memastikan pengalaman iftar yang lengkap dan memuaskan.
Harga Early Bird: RM59.90 seorang
Yop’s Steak and Seafood
Yop’s Steak and Seafood mempersembahkan pengalaman bufet Ramadan 2026 yang istimewa, menampilkan lebih daripada 40 menu yang memukau selera. Dari hidangan western yang mewah, citarasa kampung tradisional, sajian fusion kreatif, pilihan seafood segar, hingga manisan nusantara yang memikat, setiap juadah dijanjikan untuk memuaskan setiap selera.
Harga Early Bird: RM99++ dewasa | RM69++ kanak-kanak | RM70++ warga emas
Monkey Canopy
Sticks & Barons, Monkeys Canopy Resort mempersembahkan pengalaman Bufet 2026 yang unik di Floating Pavilion, meraikan musim perayaan dengan sentuhan nostalgia dan dikelilingi kehijauan alam semula jadi. Nikmati hidangan di atas permukaan air dalam suasana damai yang menenangkan, sambil menikmati bunyi alam semula jadi yang menambah pengalaman berbuka puasa yang istimewa.
Sentuhan Citarasa Nostalgia — bufet ini menampilkan pilihan sajian klasik tempatan dan antarabangsa yang disediakan segar, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan sepanjang musim perayaan.
Harga: RM145 nett dewasa | RM80 nett kanak-kanak (6–11 tahun)
Baca: Baju Raya 2026 Matcha Strawberry, Dari Kurung Hingga Kebaya
