L’Oréal kembali mengangkat martabat wanita muda melalui program kecantikan vokasional, Beauty For A Better Life, selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.
Beauty for a Better Life ialah latihan vokasional yang diasaskan oleh L’Oréal Fondation, menerajui impian buat wanita untuk memiliki pengetahuan dan kemahiran asas sehingga ke profesional bagi menaikkan kehidupan mereka di persada tinggi. Program ini membantu wanita yang kurang bernasib baik untuk mempelajari tentang kemahiran dandanan rambut dan kecantikan daripada pakar industri.
Pengambilan 2022 kali ini, L’Oréal telah mengalu-alukan 30 peserta wanita muda untuk menjalani latihan intensif selama tiga bulan di Akademi L’Oréal dan Akademi Fakulti Rambut oleh Bambang Soteto. Program yang dianjurkan ini mengutamakan wanita daripada latar belakang yang kurang bernasib baik, 72% daripada mereka datang daripada keluarga B40, 17% tidak mempunyai akses untuk melanjutkan pengajian tinggi, dan 11% pada masa ini menganggur.
Komited untuk memperkasakan wanita muda di mata komuniti, Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, Tomas Hruska berkata setiap orang berhak untuk mengubah masa depan mereka. Tambahnya lagi, “Sebagai peneraju dalam industri kecantikan, L’Oréal Malaysia percaya bahawa kami boleh membuat perubahan yang bermakna untuk komuniti kami. Beauty for a Better Life menyediakan pendidikan dan kemahiran baharu, supaya wanita Loreal ini bercita-cita tinggi dan memperolehi pendapatan yang menarik untuk miliki kehidupan yang lebih baik.”
Kembali bertaut 2022, L’Oréal Malaysia juga mengumumkan perkongsian program ini juga diterajui bersama organisasi pertubuhan bukan untung, WOMEN:girls, untuk melancarkan semula program Beauty for a Better Life (BFBL) selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.
Untuk maklumat lanjut tentang program Beauty for a Better Life, sila layari Lóreal Fondation
Artikel berkaitan: Cara Kreatif Untuk ‘Upcycle’ Produk Kecantikan