Teks : Julia Azman
Suasana artisanal nan kontemporari pembuka selera bagi seleksi masakan kombinasi Latin, Nikkei dan Neo-Asian. Restoran Birch meraikan kedatangan anda dengan penuh meriah!
Sempena kedatangan tahun 2018, Birch seperti pelengkap new spot bagi anda yang dahagakan sesuatu hidangan terbaru. Kali pertama melabuh tirainya sekitar July 2017 yang terletak di pusat beli belah terbaru, Damancara City Mall (DC Mall).
Birch adalah restoran terbaru yang turut sama dibawah pengurusan untuk Huckleberry Food & Fare, Huckleberry After Dark, Mezze dan Skullduggery.
Sambutan meriah tanpa henti bermula pada hari pertama dibuka, Birch tampil pula dengan pilihan menu makanan malam aneka jenis yang cukup lazat dan memikat hati anda untuk mencubanya.
Set makan malam ini boleh didapati setiap hari dari Isnin hingga Sabtu kecuali ahad dan bermula jam 6 petang hingga lewat malam. Jika menu siang hanya sekadar hidangan ringkas, menu malam lebih mengagumkan dan membawa kepada pengalaman baru untuk anda!
Hampir enam bulan mereka mengerah idea, mencari sumber inspirasi demi membariskan menu malam yang lazat bagi pengunjung setia Birch. Barisan makanan adalah dihidang dalam pelbagai gaya cukup versatil.
Antara hidangan menarik untuk pilihan menu makan malam seperti Beef Marmalade dihiasi jeruk timun dipotong tipis, Stuffed Jalapeno Poppers disaluti dengan saffron dan krim keju, Corn Bread dibakar bersama jalapenos dan dihidang dengan mentega madu, Vermicelli Paella cukup lengkap dengan hidangan Spanish Autentik paella yang digaul bersama variasi makanan laut. Pelengkap hidangan bagi pilihan pencuci mulut sudah tentu kek pilihan ramai Huckleberry Burnt Cheesecake.
Pilihan EH! Bagi hidangan set dinner Birch: