Bermula 26 Mei 2021 nanti, peminat BTS akan dapat menikmati ‘the BTS Meal’ yang merupakan hidangan kegemaran ahli kumpulan gergasi Korea Selatan itu di restoran McDonald’s terpilih di Malaysia.
BTS ARMY bersedia! Logo ikonik McDonald’s bakal menerima tempias sinar kumpulan gergasi K-pop, BTS selepas mereka mengumumkan kolaborasi terbaharu yang bakal mempersembahkan sebuah menu ‘tour’ yang unik. Menu yang dikenali sebagai ‘the BTS Meal’ ini boleh didapati bermula 26 Mei 2021 di Malaysia.
Pasti ramai peminat yang mahu menikmati hidangan kegemaran selebriti pujaan mereka. Peminat BTS boleh mendapatkan menu signature pilihan ahli kumpulan ini di restoran McDonald’s yang terpilih. Hidangan ‘the BTS Meal’ ini mengandungi 10 ketul Chicken McNuggets®, World Famous Fries® bersaiz sederhana, air Coca-Cola bersaiz sederhana, serta sos Sweet Chili and Cajun yang menceduk inspirasi daripada resipi popular McDonald’s di Korea Selatan.
“Kumpulan ini mempunyai banyak memori yang hebat bersama McDonald’s. Kami sangat teruja dengan kolaborasi ini dan tidak sabar untuk berkongsi ‘the BTS Meal’ bersama dunia,” kata wakil label BTS, BIGHIT MUSIC.
Sejak diasaskan pada 2013, BTS telah menguasai carta muzik di Korea Selatan dan juga antarabangsa. Mereka telah menyatukan peminat dari seluruh dunia melalui muzik dan mesej positif mereka. Dan dalam beberapa bulan ini peminat BTS akan dapat merasa lebih dekat dengan ahli kumpulan kegemaran mereka kerena buat pertama kalinya McDonald’s melancarkan program hidangan signature bersama selebriti di Amerika Syarikat tahun lalu. Hidangan ‘BTS Meal’ ini boleh didapati di 50 buah negeri di seluruh dunia.
Hidangan ‘the BTS Meal’ ini boleh didapati menerusi pesanan terus di restoran McDonald’s terpilih, khidmat pandu lalu Drive Thru, ataupun secara pesanan McDelivery.
Foto: McDonald’s Malaysia & Getty Images
Baca lebih lanjut: MK K-Clique Dan Loca B Bersatu