Sertai Unfastened Five Superhero dalam misi menyelamatkan dunia!
Seingat saya ketika mula diperkenalkan dengan jenama pakaian dalam ini, ia hanya sesuai untuk umur saat itu (masih remaja). Namun hingga ke saat ini saya masih memiliki pakaian dalam jenama ini. Salah satu yang baru sahaja saya dapatkan baru-baru ini adalah ZERO Feel dari Sloggi! Saya juga mahu menyertai Unfastened Five untuk menyelamatkan dunia dengan misi melupakan pakaian dalam yang kurang selesa dan menyakitkan!
Artikel berkaitan: Rekaan Pakaian Dalam Klasik Untuk Merai Hari Natal
Sebab saya memilih bra ZERO Feel dari Sloggi? Ia menjanjikan keselesaan, keselamatan dan kebebasan bergerak yang maksimum dalam apa jua situasinya. Bebas dari jahitan dengan keselesaan dan sokongan mengalahkan wayar jahat dan kesan merah pada kulit. ZERO Feel mewakili slogan paling inovatif iaitu bra revolusioner mengubah industri dengan gabungan kain, teknologi, dan ketukangan yang unggul. Inilah yang diimpikan bra lama anda, kan?
Ladies, it’s 2021! Pejam celik kita sudah berada di tahun baru. Bagaimana perasaan anda sepanjang tahun ini? Peristiwa yang tidak dijangka dan tidak selesa menyinggah ke kehidupan kita. Ketidakselesaan itu mungkin sudah sebati sejak tahun 2020 lagi, terima kasih Sloggi kerana hadir dengan teknologi pakaian dalam baru yang boleh menghapuskan rasa tidak selesa di bawah baju.
Terdiri daripada fabrik yang lembut dan pelbagai regangan, ZERO Feel berjaya memberikan sokongan di semua tempat yang tepat namun tetap selesa. Ini buktinya anda boleh mempercayai superhero dalam dunia pakaian dalaman. Sloggi tampil dengan misi membawa keselesaan pada dunia, memperkenalkan rangkaian bra ZERO Feel yang baru, dan mengumumkan ‘Unfastened Five’: Lima superhero yang tidak gentar dengan cabaran!
Kenali superhero serba baru Sloggi: The ‘Unfastened Five’.
“Dr. Original”
The unbeatable original – dan adakalanya anda tidak dapat mengalahkan yang asli. Dinaik taraf tetapi tetap lembut, menyokong dan selesa. Bersedia menempuh apa juga cabaran harian. Kapow! Kapoom! Itulah Dr. Original yang mengalahkan ketidakselesaan.
“Bralette Starlette”
A natural superstar, memukau dalam reka bentuk moden menyerlahkan siluet feminin. Bawa bersama anda dan anda akan sentiasa menjadi perhatian. Bersedia untuk foto close-up? Lights, camera, bedazzle.
“Miss Tough But Soft”
Penampilannya boleh menipu tetapi di bawah semua otot itu ada kelembutan Viscomagic dan rahsianya. Tanpa wayar, tanpa tulang – Ia menyokong anda dengan kekuatan sepuluh ekor beruang – inilah kekuatan dan keselesaan yang anda cari-cari selama ini!
“The Racer”
Ladies, start your engines, she’s revved up and ready to go! Perasaan ‘unfeelable’ ada di belakang The Racer – anda akan nampak sebaik ia melepasi anda. Dapatkan segera dan jangan ketinggalan. VROOOOOM!
“Tracey Lacey”
Gabungan sempurna kegembiraan dan glamor! Dengan renda berkait lembut sutera, ada kala anda lupa anda masih mengenakan pakaian dalam. Sempurna kala mahu tampil cantik dan menawan!
Sloggi Unfastened Five bra disediakan bermula dari RM 159 dan seluar dengan harga RM 55.90.
Koleksi Sloggi Unfastened Five boleh anda dapatkan dalam talian rasmi di sini.