Teks: Farhana Fuad
Kanser payu dara di kalangan wanita di Malaysia bukanlah satu cerita baru. Ia seolah-olah sudah menjadi penyakit utama di kalangan wanita. Bermula pada tahap hanya ketumbuhan yang biasa hinggalah disahkan sebagai penghidap kanser payu dara. Sebagai wanita kita semestinya tidak mahu kehilangan aset pada tubuh badan kita apatah lagi ia juga boleh mengundang kematian. Kanser ini boleh dicegah dari awal dengan cara-cara ini.
Gambar: ginazammit.com
1. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
Sebaiknya mengambil diet pemakanan yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita bukan hanya untuk mencegah kanser payu dara, malah untuk semua jenis penyakit.
2. Berhenti merokok
Ramai wanita hari ini yang merokok. Secara umumnya kita tahu bahawa rokok adalah faktor kepada bermacam jenis penyakit kepada penghisapnya. Jadi, katakan tidak pada rokok.
3. Banyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan
Pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam pemakanan seharian kita adalah digalakkan demi mencegah dari timbulnya ketumbuhan yang bermulanya simptom kanser. Buah anggur dikatakan baik untuk mencegah kanser.
4. Amalkan senaman
Bersenamlah pada setiap minggu sekurang-kurang dua atau tiga kali kerana senaman dan aktiviti riadah membantu tubuh badan kita mengeluarkan toksin yang menjadi punca penyakit dalam tubuh badan kita.
5. Katakan tidak pada alkohol
Minuman keras atau alkohol sebenarnya lebih mengundang kepada timbulnya simptom kanser pada payu dara wanita. Risiko wanita yang mengambil alkohol adalah sangat tinggi mengikut kajian yang telah dijalankan kerana pada umumnya juga alkohol merosakkan perkembangan otak dan minda.
6. Penyusuan badan amat digalakkan
Semua wanita yang melahirkan anak sebaiknya memberi susu badan kepada anak-anak mereka. Risiko wanita tersebut untuk mendapat kanser adalah kurang apabila mengamalkan penyusuan badan.
7. Sedari awal penyakit keturunan
Penyakit keturunan seperti kanser payu dara adalah tidak dinafikan salah satu punca kepada wanita mendapatnya. Rujuk pada kaunseling atau doktor pakar untuk maklumat lebih lanjut. Ini tidak bermakna yang anda mempunyai nasib yang sama kerana ia bergantung pada nasib dan cara anda menjaga kesihatan dan berat badan.
8. Kahwin awal
Amat digalakkan bagi wanita untuk berkahwin awal kerana risiko wanita yang berkahwin muda lebih rendah. Mengikut kajian, wanita yang berkahwin awal dan melahirkan anak awal dapat menyekat dari mendapat kanser kerana kitaran haid yang disekat atas sebab hamil dapat mengelakkan penyakit kanser payu dara dan serviks.
9. Jalani ujian payu dara
Seawal umur 20-an wanita sudah digalakkan membuat pemeriksaan payu dara kerana jika kita lihat pada hari ini, kanser menyerang tidak kira umur. Wanita muda juga boleh mendapat kanser dengan hanya bermulanya ketumbuhan atau bonjol yang dikenali sebagai cyst atau fibroid.
10. Biarkan payu dara anda dalam keadaan relaks
Pemakaian baju dalam bagi wanita adalah satu keperluan harian untuk menjaga bentuk dan kecantikan payu dara. Tetapi pemakaian baju dalam yang terlalu lama dan ketika tidur boleh mengundang kepada kanser payu dara kerana payu dara juga sebenarnya memerlukan rehat dan pernafasan dari ’dibengkung’ selama 24 jam.
11. Lakukan pemeriksaan payu dara
Wanita digalakkan membuat pemeriksaan payu dara setelah tamat datangnya haid pada setiap bulan. Jika timbul ketulan atau benjol yang mencurigakan di bahagian payu dara, cepatlah membuat pemeriksaan di klinik atau hospital.