Percutian sering dikaitkan dengan kebahagiaan, empati, dan kreativiti. Sains juga menunjukkan bahawa dengan hanya memikirkan tentang pergi bercuti sahaja boleh memberi semangat kepada otak apatah lagi kesihatan mental kita.
Inilah sebabnya mengapa merancang perjalanan ke destinasi seterusnya dapat membantu kesihatan mental anda agar tidak dihujani negativiti dan kemurungan dek kerana pandemik yang melanda dunia kini. Walaupun di kala wabak covid-19 berleluasa, memikirkan dan merancang perjalanan sahaja boleh membuat anda bahagia.
Sekarang mungkin bukan masa yang tepat untuk perjalanan santai dan suka-suka. Tetapi ini tidak bermaksud merancang perjalanan tidak boleh dilakukan untuk bulan-bulan yang akan datang. Ambil contoh terdekat, iaitu saya! Hampir setiap hari saya akan membelek akaun dengan #travel di Instagram sambil tekan butang save untuk dilihat di kemudian hari. Itu sahaja sudah mampu buat saya tersenyum sampai ke telinga. Melihat foto-foto seperti hotel kegemaran, salji, laut membiru, pasir memutih sudah cukup untuk melahirkan rasa gembira yang tidak terkata. Anda bagaimana?
Menurut para penyelidik, menantikan pengembaraan seterusnya dapat memberi manfaat kepada kesihatan mental. Tambah teruja, bila melihat kalendar yang disemat tarikh bercuti dan berapa hari percutian yang dinanti itu. Walaupun anda belum lagi pasti bilakah tarikh pengembaraan itu namun ia tetap membuat anda excited.
Sebilangan ahli psikologi menyatakan banyak faedah mental yang bakal kita peroleh kala bercuti di tempat baru. Satu tinjauan tahun 2013 terhadap 485 orang dewasa di A.S. mengaitkan perjalanan dengan peningkatan empati, perhatian, tenaga, dan tumpuan. Penyelidikan lain menunjukkan bahawa tindakan menyesuaikan diri dengan budaya asing juga dapat memudahkan kreativiti. Info lebih lanjut di sini.
Jadi, ayuh pupuk semula kesihatan mental yang sihat dengan merancang penggembaraan seterusnya. Saya bercadang mahu ke Club Med setelah tamat PKP 4 Mac (jika tidak disambung lagi), where’s your next vacation, EH! Darling? EH! senaraikan enam destinasi Club Med yang bakal menjadikan spot percutian anda yang seterusnya di sebelah. Happy browsing!