Anda pencinta matcha dan minum ia setiap hari?
Berbau harum, berwarna hijau terang dan sering dikaitkan dengan gaya hidup sihat, matcha kini menjadi minuman pilihan ramai.
Tak dinafikan, matcha mengandungi pelbagai kebaikan seperti antioksidan tinggi, tenaga tahan lama dan kemampuan membantu fokus. Malah, ramai juga percaya matcha mampu melambatkan proses penuaan dan meningkatkan metabolisme badan.
Namun, seperti makanan dan minuman lain, pengambilan matcha yang berlebihan tidak semestinya baik untuk kesihatan. Ramai yang tidak sedar bahawa di sebalik segala manfaatnya, matcha juga boleh memberi kesan negatif pada tubuh jika diminum setiap hari tanpa kawalan.
EH! kongsikan lima keburukan minum matcha yang ramai tak tahu:
1. Kandungan kafein yang tinggi
Walaupun kafein dalam matcha dikatakan memberi tenaga tahan lama, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan jantung berdebar, susah tidur, pening, dan rasa gelisah. Setiap satu sudu kecil matcha mengandungi lebih kurang 70 miligram kafein, hampir sama seperti secawan kopi, jadi jika diminum berkali-kali dalam sehari, jumlahnya boleh menjadi terlalu tinggi.
2. Gangguan tidur dan keletihan melampau
Matcha memberi tenaga jangka pendek, tetapi jika diminum lewat petang atau malam, ia boleh mengganggu pola tidur. Dalam jangka panjang, kekurangan tidur menyebabkan keletihan kronik, kulit kusam, dan tahap stres meningkat.
3. Masalah perut dan pencernaan
Kandungan kafein dalam matcha boleh menyebabkan perut berasid, loya, atau sembelit jika diambil semasa perut kosong. Bagi mereka yang ada gastrik, kesan ini boleh menjadi lebih teruk.
4. Kandungan logam berat
Pokok teh menyerap mineral dan logam dari tanah, termasuk bahan toksik seperti plumbum. Walaupun dalam jumlah kecil, jika matcha diambil setiap hari dan tidak berkualiti tinggi, bahan ini boleh terkumpul dalam tubuh dan memberi kesan jangka panjang pada kesihatan.
5. Ketagihan kafein dan mood swing
Ramai tidak sedar bahawa matcha juga boleh menyebabkan ketagihan kafein. Apabila tubuh terbiasa mendapat rangsangan tenaga daripada kafein, kamu akan cepat letih dan mudah moody apabila tidak mengambilnya. Ini boleh menjejaskan produktiviti dan emosi harian.
Baca: Matcha 101: 7 Fakta Menarik Tentang Serbuk Hijau Ajaib Ini!