Walaupun terlindung dari pandangan, bukan bermakna kamu tidak perlu mengendahkan kesihatannya. Pelbagai masalah yang serius akan timbul sekiranya vagina kamu tidak sihat. Jika vagina kamu berbau atau mengeluarkan cecair yang berwarna kuning, kelabu atau hijau serta berketul ia menandakan vagina kamu tidak sihat.
Gambar: www.petuanenek.com
Tip Menjaga Kebersihan Vagina:
- Basuh kawasan luar vagina setiap hari dengan air suam.
- Hindari penggunaan sabun dan jangan kerap mengguna pencuci alat sulit wanita kerana vagina perlu lembap dengan rembesan semula jadi, jadi jika kerap mencuci dengan sabun menyebabkan ia kering.
- Trim bulu di kemaluan kamu, kerana jika terlalu lebat akan menyebabkan kelembapan berlebihan dan memerangkap bakteria.
Baca Juga: CARA ALTERNATIF UNTUK HAMIL
Masalah jangka panjang panjang pula boleh mengganggu hubungan bersama suami dan membuatkan hilang keyakinan diri. Jadi jangan ambil mudah kesihatan Miss V kamu.