Oleh : Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Haid yang berlaku pada setiap wanita adalah lumrah semulajadi dan setiap wanita juga melaluinya dengan pengalaman yang berbeza. Walaupun secara jujurnya kita sudah hidup di dalam teknologi tanpa sempadan serta pelbagai kajian yang sudah dibuktikan, hakikatnya masih ada kalangan wanita yang tidak tahu antara mitos atau fakta mengenai haid.
Jadi, EH! kongsikan mitos yang digembar-gemburkan oleh masyarakat dan lihat sejauh mana kebenarannya.
- Anda tidak boleh berenang ketika datang haid. Tiada sebarang alasan yang kukuh mengatakan anda tidak boleh berenang ketika datang haid. Ini kerana tekanan dalam air sudah cukup membuatkan haid anda tidak mengalir keluar seperti biasa. Bahkan, jika anda seorang yang menggunakan tampon, ia sudah tentu boleh menyekat pengaliran haid tanpa was-was.
- Jika haid tidak hadir dalam masa sebulan menandakan kehamilan. Banyak faktor lain yang boleh membuatkan haid datang lewat. Jadi kelewatan haid tidak bermakna yang anda sudah hamil.Haid boleh lewat jika anda tertekan, kehilangan atau peningkatan berat badan atau mungkin perubahan kesihatan yang lain.
- Minuman berkarbonat dapat mempercepat haid. Tidak benar! Sakit atau lancarnya pengaliran haid adalah dipengaruhi oleh hormon dan faktor tubuh badan. Jadi ia tiada kena mengena dengan mitos yang mengatakan haid boleh berlaku cepat jika mengambil minuman berkarbonat.