1. Jangan hubungi Si Dia lagi!
Ya, saya tahu ia perkara paling susah untuk dituruti tetapi ini adalah langkah yang paling penting. Potong sebarang jenis hubungan yang anda ada dengan si dia. Walaupun anda menamatkan hubungan secara baik dan ingin kekal berkawan, tetapi jangan berhubung dengan si dia walau hati ingin membuka topik kecil.
Jangan teks, jangan telefon, jangan stalk media sosial, jangan balas, dan jangan tanya orang tentang si dia. Walau apa pun, jangan cuba untuk terus berhubung dan jalani kehidupan anda. Sudah tiba masanya untuk melepaskan.