Nasi Lemak Lobster, Waffle Godiva dan banyak lagi hidangan makanan yang terbaik untuk anda nikmati hujung minggu ini sambil melihat persembahan muzik secara live di Quivo Fiesta. Ia berlangsung selama tiga hari sahaja!
Jika anda tiada sebarang perancangan hujung minggu ini dan anda perlukan cadangan tempat makan yang terbaik di tengah kota Kuala Lumpur, QUIVO Fiesta adalah jawapannya.
QUIVO dengan bangganya sekali lagi mengadakan QUIVO Fiesta untuk edisi yang kedua. Bermula dari hari ini sehingga Ahad ini (7 Oktober) QUIVO menyajikan variasi jenis makanan baharu dan off-menu serta beberapa hidangan popular pilihan ramai dalam tema seakan funfair. Bahkan, anda turut dapat bersantai sambil menyaksikan persembahan muzik secara langsung serta aktiviti menarik buat semua peringkat umur.
Fiesta makanan ini sebenarnya dilancarkan pada tahun lalu sempena dengan ulang tahun ketiganya dan boleh dikatakan acara ini sudah menjadi acara tahunan buat QUIVO. Ia juga merupakan sebahagian dari kempen Pavilion Kuala Lumpur's Journey of Taste.
QUIVO menjanjikan hujung minggu anda dipenuhi dengan hidangan makanan yang terbaik sepanjang fiesta itu berlangsung. Antara hidangan yang pasti menjadi pilihan ramai adalah Nasi Lemak Lobster, Greek Masala Lobster Roll, Chicken Souvlaki, Lamb Pica, Seafood Paella, dan Truffle Mushroom Risotto.