Bersempena dengan Syawal tahun ini, HABIB melancarkan lagu dan video muzik berjudul ‘Irama Aidilfitri’ yang menampilkan Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Tiz Zaqyah, Bunga Isme dan ramai lagi.
Buat julung kalinya, jenama barangan kemas tempatan, HABIB tampil dengan sebuah lagu dan video muzik dalam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfirtri tahun ini. Istimewa kali ini, lagu ‘Irama Aidilfitri’ menampilkan barisan penyanyi terkemuka dan juga muka baharu seperti Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi. Lagu ini adalah hasil gubahan Awi Rafael sendiri.
Penyanyi ‘soul’ terkenal, Ning Baizura membuat kemunculan yang dinanti-nantikan peminat tanahair. Selain Ning Biazura, lagu ini turut menampilkan penyanyi muda seperti Ismail Izzani dan Bunga Isme, serta pelakon terkenal Tiz Zakyah dan juga Julia Farhana Marin. Melalui video muzik‘Irama Aidilfitri’ juga, Rozita Che Wan membuat penampilan eksklusif selaku duta HABIB.
Tema kempen raya HABIB tahun ini adalah ‘modern retro’ dengan elemen warna-warni, melambangkan keceriaan sambutan Aidilfitri. Penggambaran video muzik diadakan di rumah tradisional yang mempunyai elemen retro selaras dengan tema. Tema ini juga konsisten dengan risalah, wafer emas dan juga sampul raya HABIB tahun ini.
Lagu dan video muzik ini adalah hasil kolaborasi HABIB dengan syarikat tempatan, Newsantara. Kolaborasi ini juga adalah tanda penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan slogan #sokonglokal HABIB.
Majlis pelancaran lagu dan video muzik ‘Irama Aidilfitri’ di Hotel EQ ini disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin. Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan secara langsung oleh Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi.
Tonton video muzik ‘Irama Aidilfitri’ di sini.
Foto: HABIB
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Perlu Tonton Sepanjang Mei Ini