Pereka fesyen terkenal Amerika Syarikat, Marc Jacobs berkongsi pengalaman pembedahan plastik terbaharu pada wajahnya melalui akaun Instagram peribadi sejak beberapa minggu lalu.
Pembedahan plastik antara subjektabu yang jarang dikongsi secara umum. Tetapi, berbeza buat Marc Jacobs. Pereka fesyen terkenal dari Amerika Syarikat itu berkongsi pengalaman pembedahan plastik terbaharu pada wajahnya melalui akaun Instagram peribadi sejak beberapa minggu lalu. Dia juga mengaku telah mula melakukan pembedahan plastik sejak beberapa tahun yang lalu.
Melalui Instagram peribadinya, Marc Jacobs yang berusia 58 tahun mendokumenkan perjalanan proses pembedahan plastik yang dilakukannya. Tiada lagi foto-foto OOTD fesyen dan solekannya, dia kini berkongsi foto wajahnya yang berbalut selepas menjalani pembedahan. Juga, foto dia berada di dalam sebuah katil terapi oksigen serta foto wajahnya yang dalam proses pemulihan.
“Saya mempunyai kesan parut pada telinga saya, dan wajah saya kini sedang bengkak, dan saya mempunyai luka pada bahagisan leher, tetapi saya akan terus berkongsi melalui Instagram,” kongsi Marc Jacobs mengenai pembedahan plastiknya. “Saya tidak kisah. Saya tidak melihatnya sebagai satu usaha untuk menjadi terbuka. Saya melakukan pada selalunya saya buat, iaitu berjalani kehidupan saya dan berkongsinya bersama sesiapa yang berminat.”
Barisan selebriti, pereka fesyen dan peragawati telah memberikan sokongan positif kepada foto-foto yang dikongsinya di Instagram. Antaranya Naomi Campbell, Linda Evangelista, Adut Akech dan ramai lagi. Peminat turut sama memberikan respon yang positif, yang menghargai sikap keterbukaannya mengenai subjek ini.
“Saya merasakan kita perlu memulakan perbincangan ini, dan kemudian ia mungkin dapat mengurangkan rasa malu untuk berkongsi. I just don’t think there’s shame in being vain,” tambah Marc Jacobs mengenai subjek pembedahan plastik.
Menurut Daily Mail, pembedahan yang dilakukan pada wajahnya itu menelan belanja lebih US$ 50,000 untuk hasil yang lebih semulajadi.
Foto: Instagram Marc Jacobs
Baca lebih lanjut: 5 Puteri Raja Yang Bakal Menjadi Ratu Satu Hari Nanti