Filem manakah yang bakal mengungguli Oscar 2021? Berikut adalah ramalan pemenang untuk beberapa kategori utama Anugerah Akademi ke-93 yang akan berlangsung pada 26 April nanti.
Musim anugerah tahun ini cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Bukan sahaja dari segi penganjuran, keputusannya juga pasti akan memberikan kejutan. Ini kerana pemenang beberapa kategori utama di majlis anugerah utama lain seperti Anugerah Golden Globe, Anugerah SAG, serta Anugerah BAFTA sangat berbeza. Walaupun Mank menerima pencalonan tertinggi dengan 10 kategori, Nomadland dijangka akan mengungguli anugerah Oscar 2021 kali ini.
Majlis anugerah kali ini akan diadakan di dua lokasi berbeza di Los Angeles, dan akan dihoskan oleh Tina Fey dan Amy Poehler. Berikut adalah senarai pencalonan beberapa kategori dan ramalan pemenang untuk Oscar 2021:
Pelakon Lelaki Terbaik
Kategori ini telah diungguli oleh pelakon Ma Rainey’s Black Bottom, Chadwick Boseman sepanjang musim anugerah kali ini. Pelakon Black Panther yang meninggal dunia kerana kanser tahun lalu telah memberikan persembahan terbaik sepanjang karier lakonannya yang singkat.
RIZ AHMED (Sound of Metal)
CHADWICK BOSEMAN (Ma Rainey’s Black Bottom)
ANTHONY HOPKINS (The Father)
GARY OLDMAN (Mank)
STEVEN YEUN (Minari)
Ramalan pemenang: CHADWICK BOSEMAN (Ma Rainey’s Black Bottom)
Baca lebih lanjut: 5 Kejutan Dan ‘Snub’ Nominasi Oscar 2021