Penerjun kebangsaan, Pandelela Rinong mencipta sejarah selepas memenangi pingat emas pertama negara dalam Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Tokyo, Jepun.
Lagu Negaraku berkumandang di Negara Matahari Terbit selepas penerjun kebangsaan mencipta sejarah di Piala Dunia Terjun FINA 2021. Pandelela Rinong memenangi pingat emas dalam ketegori 10 meter platform individu wanita, lantas menjadi atlet Malaysia pertama yang memenangi kejohanan dunia yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo tahun ini.
Pandelela Rinong berjaya meraih 555.70 mata keseluruhan untuk menjuarai kejohanan persediaan untuk Sukan Olimpik Tokyo ini. Dia mengalahkan penerjun tuan rumah, Matsuri Arai di tempat kedua dengan 342.00 mata keseluruhan. Manakala penerjun Kanada, Caeli McKay memenangi pingat gangsa dengan 338.55 mata keseluruhan.
Penerjun kelahiran Sarawak itu adalah satu-satunya atlet negara yang memenangi pingat di kejohanan kali ini. Dia yang berusia 28 tahun adalah yang pertama memenangi pingat emas di Piala Dunia. Sebelum ini, dia turut mencipta sejarah sebagai atlet individu Malaysia pertama berada di atas podium selepas memenangi pingat gangsa di Kejohanan Terjun Dunia di Kazan, Rusia.
Sebelum ini, seorang lagi penerjun negara iaitiu Cheong Jun Hoong gagal melayakkan diri ke pusingan akhir. Dia terkandas pada peringkat seprauh akhir di tangga ke-18. Dia mencatatkan 237.35 mata keseluruhan, manakala Pandelela pula mendapat 333.00 mata di tempat ketiga dalam pusingan separuh akhir.
Kemenangan ini telah melayakkan Pandelela Rinong untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo yang akan berlangsung pada Julai nanti. Dia memenangi pingat perak bersama Cheong Jun Hoong ketika edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, serta pingat gangsa di Sukan Olimpik 2012 di London, United Kingdom.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: Disney+ Hotstar Bakal Dilancarkan Di Malaysia