Teks : Julia Azman
Pantas,cekap dan selesa segalanya bergabung untuk sebuah kenderaan premium SUV serba eksklusif nan unik, GLC 200 Mercedes Benz.
Melalui kejayaan hasil pasaran GLC 250 4MATIC yang diperkenalkan pada tahun lalu, Mercedes Benz dengan bangganya menampilkan pelbagai variasi unik serta punya feature lengkap melalui GLC 200. Sesuai dengan gelaran peneraju kenderaan premium No.1, Mercedes Benz menggabungkan kombinasi pemanduan paling selesa, kendalian dinamik dan ketangkasan cekap.
Pasaran SUV di Mercedes Benz ibarat penanda aras baru terpalit dengan kejayaan luar biasa kerana menyediakan pilihan paling muktamad untuk kenderaan premium yakni sesuai dengan gaya hidup unik dan aktif. Ruang rekaan eksterior untuk GLC 200 dilengkapi ilham OFF-ROAD tampak lebih lasak dengan gabungan elemen krom. Menariknya selingan trim radiator dalam Matt Iridium Silver.Highlight utama bagi GLC 200 adalah roda aloi ringan 5 inci 19 inci,sistem ekzos visible dengan dua trim tailpipe bersalut rona krom dan rel bumbung anodized.
Daya keselamatan dipertingkatkan dengan cukup efisien. Penguasaan lampu LED berkuasa tinggi pada sebelah malam lebih selamat dan salurannya terhasil daripada agihan kuasa lampu sebelah siang iaitu cahaya putih serta penggunaan tenaga yang rendah. Tidak kisah siang dan malam perjalanan anda berasa sangat selamat dan tidak teragak-agak untuk pecut laju dengan lancar. Di bawah, saya highlight lima sebab kenapa Mercedes Benz Premium SUV perlu berada dalam next wish list anda.
5 SEBAB MERCEDES BENZ PREMIUM SUV PERLU DIMILIKI:
1. GLC 200 baru lengkap dengan peralatan feature mewah termasuklah 9G- TRONIC kuasa enjin secara automatik dengan solusi inovatif dan selesa. (Diperkenalkan pada tahun 2013), pakej eksterior off-road, roda bersaiz 19 inci dan jejari rim bersaiz 5 dan pencahayaan lampu berskala tinggi LED.
2. Ruang dalaman mendapat sentuhan mewah nan eksklusif. Pilihan rona seperti hitam, coklat espresso hingga silk beige berkombinasi bersama kemasan trim kayu open-pore ash dan di bawah papan pemuka diperbuat daripada kulit Artico sangat sesuai dengan cita rasa mewah anda.
3. Mercedes Benz memberi tawaran istimewa khas untuk variasi SUV terutama GLC 200 (CKD) dengan harga RM2, 888 setiap bulan dan GLC 250 4MATIC (CKD) dengan harga RM3, 258 setiap bulan. Ansuran bulanan dikira berdasarkan 3 tahun tempoh pemilikan, 20,000km mileage per annum bersama downpayment 20.34%.
4. Kendalian kuasa enjin Premium SUV Mercedes Benz, GLC 200 adalah 2.0 liter iaitu mengeluarkan output 135kW (184hp) dan kuasa Torque 300 Nm. Namun, setiap kelajuan ada pada SUV ini bergantung pada mode yang anda pilih, contoh seperti DYNAMIC SELECT lebih kepada transmisi automatik dengan penuh tangkas dan reponsif.
5. Premium SUV GLC 200 (CKD) dijual dengan harga RM288,888 (OTR tanpa insuran), GLC 250 4MATIC (CKD) RM325,888 (OTR tanpa insuran)