Bila pasangan selalu kata “I tak reti buat ini”… Itu bukan comel, itu strategi MAN CHILD!
Pernah tak anda rasa macam selalu anda yang kena buat semua kerja rumah, urus hal keluarga atau ambil keputusan sementara pasangan nampak seperti “tak tahu apa-apa” tapi sebenarnya dia tahu?
Jika ya, besar kemungkinan anda sedang menghadapi pasangan yang dipanggil Weaponized Incompetence.
Apa itu Weaponized Incompetence?
Weaponized Incompetence adalah sikap sengaja berpura-pura tidak pandai atau tidak tahu sesuatu untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.
Ia biasanya berlaku dalam hubungan peribadi atau perkahwinan, di mana salah seorang pasangan tidak mahu mengambil bahagian secara adil, jadi mereka “buat-buat tak tahu” supaya pihak lain ambil alih tugas.
Contoh sikap Weaponized Incompetence macam mana?
- Selalu mengelak daripada urus kerja rumah kerana “tak pandai buat”.
- Tidak membantu mengurus anak atau bayaran bil, walaupun mampu.
- Mengelak daripada mengambil keputusan dengan berkata “awak buat saja, awak lebih tahu”.
Jika kerap berlaku, sikap ini boleh menjadi beban mental (mental load) kepada pasangan yang sentiasa memikul tanggungjawab.

Kenapa pasangan bersikap Weaponized Incompetence?
Didikan dari kecil
Sesetengah lelaki dibesarkan dalam persekitaran di mana tugas rumah dianggap ‘kerja perempuan’ atau tidak pernah dibiasakan membantu kerja rumah. Akibatnya, mereka tidak belajar bertanggungjawab dalam urusan harian dan sikap ini boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Elak tanggungjawab
Ada yang menggunakan sikap ini untuk mengelak daripada tugas yang tidak disukai atau dianggap “menyusahkan”.
Kurang kemahiran atau keyakinan
Kadang-kadang pasangan benar-benar tidak tahu, tetapi lama-kelamaan ia dijadikan alasan untuk tidak belajar. Disliked!
Cara hadapi Weaponized Incompetence
Kenal pasti & sedar
Langkah pertama adalah mengenal pasti pola tingkah laku pasangan. Adakah ia benar-benar ketidakmampuan atau disengajakan?
Bincang secara terbuka
Luahkan perasaan anda tanpa menyalahkan. Contohnya: “Saya rasa penat bila semua kerja rumah terletak pada saya. Boleh kita kongsi bersama?”
Tetapkan batas & tanggungjawab
Buat senarai tugas yang jelas dan bahagikan tanggungjawab. Jangan biarkan pihak lain mengambil alih semua kerja.
Ajarkan & beri ruang untuk belajar
Kadang-kadang pasangan perlukan panduan atau latihan. Jangan terus buatkan, tapi ajar langkah demi langkah.
Pantau perubahan!
Beri tempoh untuk pasangan tunjukkan usaha. Jika tiada perubahan, pertimbangkan langkah lebih tegas.
