Bertindak Kasar Dengan Pasangan
Jika pasangan anda mula bersikap kasar sama ada dari segi fizikal atau mental, ia menandakan hubungan anda tidak lagi sihat. Dari segi fizikal di mana anda dipukul atau didera manakala dari segi mental di mana si dia meninggikan suara atau mengugut. Paling jelas, apabila punca kemarahan si dia adalah kerana perkara kecil namun menjadi pergaduhan besar. Jika dibiarkan, ia akan menjadi lebih teruk dari yang sebelumnya.