Dikongkong Tidak Tentu Fasal
Tidak salah mengambil berat tentang kehidupan seharian pasangan kerana ia membolehkan anda dan pasangan memahami dengan lebih baik kehidupan masing-masing. Tetapi sekiranya perkara yang tidak penting perlu dijelaskan secara terperinci serta mengawal gerak geri dan aktiviti harian, ia memberi petanda buruk kepada hubungan anda. Sikap suka mengongkong ini adalah tanda si dia mula obses dan tidak percaya kepada anda.