Mengelak Untuk Berkomunikasi
Jika pasangan mula menolak untuk berkomunikasi lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan sebarang masalah, ia petanda hubungan anda dalam fasa yang berbahaya. Tambahan lagi jika pasangan menunjukkan sisi keras kepala dan ego yang tinggi, pendapat anda sebagai pasangan tidak lagi releven kepadanya. Si dia akan sering merasakan pendapat dan keputusannya sahaja yang paling tepat. Jika dibantah, pergaduhan besar akan tercetus.