Menghalang Anda Menjadi Diri Sendiri
Dalam hubungan yang sihat sepatutnya anda dapat menyerlahkan segala potensi dalam diri anda. Pasangan anda juga akan sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk anda. Tetapi sekiranya anda berada dalam hubungan di mana pasangan anda cuba menghalang anda daripada menjadi diri sendiri dan lebih berjaya, ia menunjukkan yang hubungan itu tidak lagi sihat. Pasangan anda akan sentiasa membuatkan anda tidak kenal diri anda sendiri.