‘Gaslighting’
Gaslighting membawa maksud perlakuan penderaan emosi yang membuatkan anda musykil dengan realiti sendiri. Sebagai contoh, pasangan anda mengatakan anda hanya paranoid atau suka memikirkan benda yang bukan-bukan apabila si dia membuat kesalahan besar seperti curang. Si dia bijak memanipulasi keadaan supaya dia berada pada pihak benar dan membuat anda berasa bersalah sehingga mengakibatkan kecurangan berlaku.
Sekiranya anda rasa berada dalam hubungan bersama pasangan yang menunjukkan tabiat seperti disenaraikan, berfikir dengan tenang untuk menyelesaikan dengan cara betul atau jika anda merasakan tiada lagi cinta antara kalian berdua, tamatkan sahaja hubungan tersebut. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi anda harus mengutamakan diri sendiri daripada orang lain. Kesihatan fizikal dan mental anda lebih berharga.
Baca: Ikuti Tip Ini Jika Anda Tidak Mahu Si Dia Bosan Denganmu