Pertengahan tahun lalu pereka fesyen British ternama, Paul Smith mengumumkan pelancaran lilin dan home diffuser-nya. Selepas lebih enam bulan menanti, akhirnya dua produk ini kini mula dijual di butik Paul Smith di Kuala Lumpur.
Salah satu quote Paul Smith yang saya suka ialah, “you can find inspiration in everything, if you can’t then you’re not looking properly”. Bagi saya betullah, sekeliling kita ada saja hal yang boleh dijadikan ilham, dari orang yang kita jumpa, dari makanan yang kita makan, dari bangunan yang kita lihat setiap hari. Semuanya ada cerita yang boleh kita gali. Jadi, bila Paul Smith melancarkan haruman buat kediaman saya percaya produk baharunya ini bukan sekadar satu produk baru untuk dijual, pasti ada cerita-cerita disebaliknya.
Himpunan haruman kediaman yang merangkumi lilin beraroma juga home diffuser ini sebahagiannya diilhamkan dari himpunan terdahulu paul Smith yang memang cukup dikenali dek warna nan variasi serta rekaan yang menonjol. Paul melengkapkan himpunan lilinnya dengan empat bau, dan tiap satunya punya karakter dan identiti.
Paul mendapatkan kerjasama pakar haruman Céline Barel dan Meabh McCurtin untuk merealisasikan ilhamnya dalam mencipta bau buat lilin dan home diffuser.
‘Botanist’ diisnpirasikan dari stor pertama Paul Smith di Nottingham, baunya mengingatkan bau rumput hijau yang baru dipotong dan dipercikan dengan kesegaran lemon dan lumut.
‘Bookworm’ pula kata Paul diinspirasikan dari bau buku dan kertas yang bersusun-susun di pejabatnya. Ia diharumkan dengan ahan seperti amber, beri dari Jamaica, anggur dan kayu sedar.
Dua lagi aroma buat lilinnya ialah ‘Early Bird’ dan ‘Daydreamer’. ‘Early Bird’ berilhamkan butik Paul Smith di kota London, yang mana inspirasinya datang dari cuaca mendung dan rintik hujan. Paul menzahirkan inspirasinya ini menerusi minyak patchouli dari Indonesia dan iris.
Manakala ‘Daydreamer’ pula menggunakan minyak lavender dari perancis dan varbena, yang mana bau lilin ini menjadikan percutian musim panas Paul sebagai sumber inspirasi.
Keempat-empat bau ini diabadikan pada dua saiz lilin (240g dan 1kg) dan juga cecair diffuser (250ml). Untuk informasi lanjut boleh klik SINI!
BACA: 5 Momen Ikonik Vivienne Westwood; Termasuk Tidak Berseluar Dalam Ke Istana Buckingham