Buat yang mencari pekerjaan dengan bayaran pendapatan yang tinggi tetapi tidak menjadi satu punca anda mengalami tekanan perasaan, ini dia jenis pekerjaan yang patut anda cuba.
Dunia zaman sekarang ini tiada yang mustahil. Jika anda rasa tiada langsung pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan kurang memberikan anda tekanan perasaa, anda silap.
Menurut laporan portal Business Insider, terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang kurang memberikan tekanan. Berdasarkan Occupational Information Network (O*NET), ia mengumpul segala data dan informasi mengenai pekerjaan berserta gaji dari portal Payscale.com.
O*NET menyenarai jenis pekerjaan berdasarkan tahap toleransi stress dari skala zero ke 100, yang mana memaparkan skala paling rendah sebagai tanda kurang tekanan.
Untuk menilai setiap pekerjaan, O * NET melihat betapa kerap pekerja menerima kritikan dan menangani dengan berkesan dengan tekanan tinggi yang dihadapi di tempat kerja.
Berikut adalah antara pekerjaan yang kurang memberikan tekanan perasaan.