Pemanis Mulut Edisi Khas: Lemon Collagen Crepe
Vanilla Crepe dengan bangganya memperkenalkan ahli terbaru dalam koleksi keluarga crepe mereka Lemon Collagen Crepe. Ia merupakan kerjasama dengan Penny Essentials yang menyokong rakyat Malaysia dengan minuman kolagen yang pertama dengan minyak pati.
Vanilla Crepe mengekalkan tradisi akarnya sebagai rumah kepada crepe Perancis yang menggunakan bahan Peptan Hydrolyzed Collagen. Diimport dari Perancis untuk menghasilkan krep yang dibuat secara unik ini.
Dilengkapi dengan pelbagai manfaat penjagaan kesihatan & kulit, Lemon Collagen Crepe mengandungi pelbagai jenis bahan mineral seperti zink & tembaga bersama dengan pelbagai
antioksida seperti ekstrak Teh Hijau Jasmine. Pemanis mulut ini juga disertakan dengan ekstrak wolfberry dan Vitamin E. Menjadikan crepe ini sebagai makanan ringan atau pencuci mulut untuk minum petang yang ideal bagi mereka yang menitik beratkan penjagaan kulit.
Dapatkan sepotong Lemon Collagen Crepe yang lazat dan penuh manfaat kesihatan ini di mana-mana lokasi cawangan Vanilla Crepe yang berdekatan atau secara dalam talian di vanillacrepe.com pada hari ini!