No more beratur selama 2 jam! Restoran Samgyetang terkenal di TRX The Exchange, MODU kini meraikan pembukaan outlet terbarunya di 1 Utama November ini!
Restoran yang viral, MODU membuka cawangan seterusnya dan terbesarnya di Pusat Beli-belah 1 Utama. Namun, cawangan ini lebih daripada sekadar saluran MODU yang lain. Sepanjang 2 hingga 30 November 2026, anda boleh menikmati dan merasakan pengalaman eksklusif di MODU 1 Utama.
Pengalaman Premium di MODU
1. Saksikan Showcase Kitchen
Anda dapat menyaksikan showcase masakan secara live, saksikan penyediaan Samgyetang sambil menunggu giliran anda.

2. Menu Baharu : Ayam Panggang Galmasot
MODU memperkenalkan menu baharu, iaitu Gamasot Grilled Chicken yang tender dan kaya dengan rasa smoky. Ianya sangat sesuai untuk dinikmati bersama Samgyetang

3. Samgyetang Premium : Truffle dan Abalone
Di outlet terbarunya, MODU menawarkan 8 perisa yang istimewa, termasuklah perisa Truffle dan Abalone.

4. Ruangan 100 tempat duduk Hanok Moden
Anda boleh menikmati makanan tradisional Korea dengan interior berinspirasikan Hanok. Dengan outlet yang lebih luas, 100 tempat duduk yang diperbuat daripada kayu menawarkan anda untuk merasakan pengalaman yang authentik.

5. Kualiti Istimewa Di Sebalik Setiap Hidangan
Setiap mangkuk yang dihidangkan dimasak secara perlahan selama 12 jam, kemudian ayam organik dan bahan-bahan premium disertakan untuk dimasak selama 2 jam menyajikan sup ayam yang lembut dan beraroma.

Promosi Pembukaan
MODU menawarkan promosi sempena pembukaan cawangan terbarunya.
Datang bersama ibu bapa anda ke cawangan 1 Utama sepanjang 2 hingga 30 November serta pesan 2 mangkuk Samgyetang dan anda bakal dapat menikmati Galmasot percuma dengan hanya menunjukkan hantaran dari @modu.malaysia kepada staf MODU apabila anda membuat pesanan.

Artikel Berkaitan : Restoran Makanan Itali Terbaik Sekitar Kuala Lumpur
